Program penyampaian manfaat Tabung Endowmen dalam bentuk sarapan percuma kepada pelajar-pelajar Sekolah SJKT Ldg Lima Belas,Sk Sri Keledang,Sk Gedangsa ,SRA Hulu Rening dan Kafa Kg Kuantan.
Program bermula pada pukul 6.00 pagi dan sebanyak 294 bungkusan sarapan percuma telah di edarkan kepada pelajar-pelajar pada minggu ini. Program pada minggu ini turut disertai oleh Ahli Majlis MPHS, Encik Rajasegar Ramaiah bersama-sama sukarelawan endowment MPHS
Sumbangan ini adalah hasil daripada sumbangan semua penderma MPHS. Ribuan Terima kasih diucapkan kepada penyumbang- penyumbang endowment MPHS
Marilah kita suburkan lagi Tabung ini dengan memberi sumbangan kepada Tabung Endowmen agar lebih banyak lagi manfaat dapat diberikan serta mencapai matlamat pembangunan mampan SDG 1: Sifar Kemiskinan, *SDG2: Sifar kelaparan* dan SDG 4: Pendidikan Berkualiti
Pada minggu hadapan Endowmen MPHS akan mengunjungi Pra Sekolah Jais SRA KKB (23/06/2025), SMK Gedangsa (24/06/2025), SJKT ladang Escot (25/06/2025).