Program Perasmian Rumah Hijau Sistem Hidroponik Nutrient Filter Technique (NFT) Tertutup Di Laman Hijau 3.0 Persatuan Pekebun Komuniti Pangsapuri Seri Bakawali

PROGRAM PERASMIAN RUMAH HIJAU SISTEM HIDROPONIK NUTRIENT FILTER TECHNIQUE (NFT) TERTUTUP DI LAMAN HIJAU 3.0 PERSATUAN PEKEBUN KOMUNITI PANGSAPURI SERI BAKAWALI

Bukit Sentosa, 28 Julai 2025 – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS), YBrs. Puan Julaihah Jamaludin telah merasmikan Program Perasmian Rumah Hijau Sistem Hidroponik Nutrient Filter Technique (NFT) Tertutup Di Laman Hijau 3.0 Persatuan Pekebun Komuniti Pangsapuri Seri Bakawali di kediaman Pangsapuri Seri Bakawali, Bukit Sentosa.

Projek Laman Hijau 3.0 ini telah mendapat peruntukan di bawah Geran Sejati Madani sebanyak RM 60 ribu. Peruntukan yang diterima digunakan bagi menampung untuk kos tanaman sayur-sayuran, pembangunan tempat tanaman dan kos-kos penting yang lain. Antara tanaman yang berjaya ditanam seperti bayam, sawi dan salad.

Yang Dipertua MPHS mengucapkan tahniah kepada Persatuan Pekebun Pangsapuri kerana berjaya menjayakan projek ini dan pihak majlis akan sentiasa menyokong usaha yang baik ini demi kesejahteraan penduduk. Beliau berharap program ni dapat disinergikan dengan bantuan-bantuan di bawah agensi-agensi Kerajaan yang lain agar Kebun Komuniti Bandar ini dapat diteruskan serta dapat mengurangkan kos sara hidup penduduk setempat.

Turut hadir Dr. Nor Hanizan Sahib, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Operasi, Lembaga & Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS); Puan Laynil Hakih Sulhan, Pegawai Pertanian Daerah Hulu Selangor ; Puan Hayati Chat, Ahli Majlis MPHS ; En. Mohamad Faridul Amini Suhaimi, Ahli Majlis dan beberapa pengarah- pengarah jabatan MPHS.

#MalaysiaMadani

#KitaSelangor

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#TahunMelawatSelangor2025

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2025 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 01 August 2025, 09:15:56.
Total Visitors :
01038910

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd
I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015