MAJLIS PELANCARAN PROJEK PEMBANGUNAN USAHASAMA ANTARA MPHS DAN WKG DEVELOPMENT SDN.BHD
13 FEBRUARI 2025, SHAH ALAM : Yang Berhormat Dato' Ng Suee Lim, Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Selangor telah merasmikan Projek Pembangunan Secara Usahasama Di Antara Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan WorldKlang Group Development Sdn. Bhd. yang telah berlangsung di Double Tree By Hilton, Shah Alam.
Majlis yang dianjurkan ini sebagai lambang kepada kerjasama strategik antara sektor awam dan swasta dalam memperkasakan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
Projek pembangunan usahasama ini terletak di Bandar Serendah, Bandar Bukit Beruntung dengan keluasan seluas 9.97 ekar ini merupakan inisiatif MPHS bagi menjana hasil baharu yang boleh meningkatkan mutu perkhidmatan MPHS kepada rakyat.
Projek pembangunan ini berlandaskan konsep
perkongsian pulangan 80% WKG dan 20% MPHS yang merangkumi 72 unit kedai pejabat tengah 2 tingkat, 16 unit kedai pejabat tepi 2 tingkat, sebuah bangunan pasar raya 1 tingkat dan 1 tapak stesen minyak.
Diharapkan projek ini dapat memberi manfaat yang besar kepada rakyat, bukan sahaja dalam aspek pembangunan fizikal, tetapi juga dalam meningkatkan kualiti hidup, mencipta peluang pekerjaan dan memperkukuhkan ekonomi setempat.
Turut hadir YABhg Tun Arifin Zakaria, Pengerusi WKG Development Sdn. Bhd, Puan Julaihah Jamaludin, Yang Dipertua MPHS, Tuan Sha'waluddin Aziz, Timbalan Pengarah, Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan UPEN, Raja Dato' Muzaffar Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor, YB Pang Sock Tao, ADUN Kuala Kubu Bharu, Dr. Sathia Prakash Nadarajan, Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Tuan Saifuddin Shafi, Penyelaras DUN Batang Kali dan barisan Ahli Majlis MPHS.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon #AllahPeliharakanlahHuluSelangor