SAMBUTAN PERAYAAN TAHUN BARU CINA PERINGKAT NEGERI SELANGOR
Jenjarom, 8 Februari 2025, Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor telah diadakan di perkarangan FGD Dong Zen Temple Jenjarom.
DYMM Sultan Selangor bersama DYMM Tengku Permaisuri berkenan berangkat menghadiri majlis yang turut dihadiri oleh YAB Dato' Seri Amirudin Shari , Menteri Besar Selangor, YBM Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelaburan, Perdagangan, Industri, YB Tuan Ng Sze Han, Exco Pelaburan, Perdagangan & Mobiliti, Ahli - Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ahli Ahli Dewan Diraja, Orang Orang Besar Daerah, Ketua - Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan .
Tahun ini merupakan tahun ular dan sambutan Tahun Baru Cina di Negeri Selangor ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam memupuk semangat perpaduan dan memperkenalkan serta mengekalkan tradisi budaya Tionghoa dalam kalangan masyarakat yang berbilang etnik.
Perayaan ini bukan sahaja menjadi simbolik kemakmuran tahun baru bagi kaum Tionghoa tetapi juga sebagai platform mengeratkan hubungan antara rakyat berbilang bangsa di Negeri Selangor.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon