Sesi Town Hall Bersama Penduduk Taman Perumahan Taman Seri Batang Kali Berkaitan Perkhidmatan MPHS

SESI TOWN HALL BERSAMA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN TAMAN SERI BATANG KALI BERKAITAN PERKHIDMATAN MPHS

Batang Kali, 18 November 2024 - Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MPHS telah mengadakan sesi perbincangan dan soal jawab bersama penduduk perumahan Taman Seri Bandar Baru Batang Kali bagi membincangkan isu berkenaan kebersihan terutama berkaitan penyediaan tong sampah sendiri oleh pemilik dan penyewa di perumahan Taman Seri Batang Kali.

Sehubungan dengan itu, matlamat MPHS adalah untuk menjadikan kawasan sekitar perumahan sentiasa bersih dan lestari. Pihak Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama dalam menjayakan sesi Town Hall ini.

Sesi perbincangan dan soal jawab ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Shahril Bin Ramli, Pengarah JPSPPA, MPHS. Turut hadir bersama, Encik Law Say Hin dan Encik Chinniah A/L Subramaniam, Ahli Majlis MPHS serta wakil dari Ketua Kampung, Encik Mohd Nazar Bin Zainal Abidin, Pengerusi JPKK Kampung Sekolah / Taman Seri Batang Kali dan wakil dari pihak KDEB Waste Management, En Al Kamarizal Abd Latif yang hadir untuk memberi pandangan serta maklumbalas dari penduduk Perumahan Taman Seri Batang Kali.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

QUICK LINKS

AGENCIES LINK

All rights reserved. © 2024 Hulu Selangor Municipal Council.

Hulu Selangor Municipal Council (HSMC),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Monday - Friday : 8:00am - 5:00pm

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Latest Update : Friday 22 November 2024, 04:22:06.
Total Visitors :
00875722

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015