TAZKIRAH PERDANA AKRAB MPHS SEMPENA AWAL MUHARRAM 1447 HIJRAH.
MPHS, 26 Jun 2025 (Khamis) bersamaan 29 Zulhijjah 1446H di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu. Program anjuran AKRAB MPHS ini adalah salah satu daripada aktiviti tahunan yang dirancang sebagai pengisian kerohanian kepada warga kerja MPHS.
Tazkirah yang bertajuk Muharram: Bulan Muhasabah dan Perubahan Diri telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zainudin bin Mohamed Zain atau lebih dikenali PU Yeop.
Majlis dihadiri oleh Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan selaku Pengerusi AKRAB MPHS, bersama Pengarah-pengarah Jabatan, Ketua-ketua Bahagian/ unit dan warga kerja MPHS.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon