MAKLUMAN PENTING UNTUK SEMUA PEMEGANG LESEN DI BAWAH MPHS
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) ingin mengingatkan kepada semua pemegang lesen yang berdaftar agar memperbaharui lesen masing-masing sebelum tarikh tamat tempoh.
Kelewatan memperbaharui lesen akan dikenakan denda lewat sebanyak 30% daripada fi lesen. Tarikh kuatkuasa caj denda lewat akan bermula pada 1 Julai 2025.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Jabatan Pelesenan MPHS di talian 0360641331 sambungan 131/ 159. Terima kasih atas kerjasama anda.