Perutusan YDP

Image

Bismillahirrahmanirrahim

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

Selamat datang kepada pengunjung-pengunjung portal rasmi Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS). Portal ini sebagai wadah untuk MPHS mendekatkan diri dengan masyarakat, pelbagai info berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh MPHS dipaparkan. Portal ini merupakan medium capaian pantas bagi mengetahui informasi semasa perkhidmatan, aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan, serta aplikasi yang disediakan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor seperti e-Billing, Bil Maya, e-Penilaian, CEPat, PBTPay, e-OSC, e-Tempahan Dewan, e-Bazar dan lain-lain.

Kerajaan Negeri Selangor menerusi inisiatif Klusterisasi Negeri Selangor telah meletakkan Daerah Hulu Selangor di bawah Kluster Eko-Pelancongan. Hal ini kerana daerah ini mempunyai banyak kawasan tarikan eko-pelancongan yang popular bukan sahaja di kalangan penduduk tempatan malahan di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Antara kawasan yang menjadi tumpuan ialah Air Terjun Serendah, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong, Air Terjun Sungai Sendat, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Air Terjun Sungai Semangkuk, Air Terjun Sungai Chiling, Kolam Air Panas Kerling dan Sungai Inki Hulu Selangor. Pelbagai aktiviti eko-pelancongan boleh dilaksanakan seperti aktiviti White Water Rafting, Kereta Pacuan 4 Roda atau 4 X 4, Paragliding serta Memerhati Burung.

Daerah Hulu Selangor kini sedang pesat membangun. Dikenali sebagai Hab Pembuatan Pengangkutan, ia menjadi destinasi pilihan pelabur automotif dan hilirannya. Di bawah Rancangan Selangor Pertama (RS-1) pula,  Bandar Serendah telah dikenalpasti sebagai Hab Logistik selaras fungsi Stesen ECRL Bandar Serendah sebagai titik pertemuan antara laluan servis Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Utara (Pelabuhan Pulau Pinang) dan ECRL dari Pantai Timur (Pelabuhan Kuantan) untuk ke Pelabuhan Klang. Keadaan ini menyebabkan Serendah dan kawasan sekitar akan menjadi pilihan kepada syarikat – syarikat logistik dan gudang penyimpanan untuk membuka operasinya disini.

Selaras dengan matlamat yang ditetapkan di dalam Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor 2035 bagi menjadikan Hulu Selangor Daerah Mesra Pelabur, Unit Pusat Setempat (OSC) yang menjadi barisan pertama yang menerima segala permohonan pemajuan telah diperkukuhkan dengan Executive Information System (EIS). MPHS juga telah merangka Ease Of Doing Business in Hulu Selangor bagi memberi kemudahan kepada pelabur yang ingin melabur dan membangunkan tanah di Hulu Selangor daripada aspek mendapatkan kelulusan Pelan Pembangunan sehingga Lesen Perniagaan.

MPHS turut mensasarkan Daerah Hulu Selangor sebagai sebuah Bandar Rendah Karbon selaras dengan Pelan Strategik Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2024 - 2028. Sejak tahun 2019, MPHS (dahulunya Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)) telah menerima pengiktirafan sebagai Bandar Rendah Karbon melalui penyertaan di dalam Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) oleh Malaysian Green Technology and Climate Change Centre (MGTC) melalui pelaksanaan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon. Pelbagai inisiatif telah dibuat dengan menerapkan unsur-unsur teknologi hijau dan pengurangan karbon di dalam aktiviti dan program yang dianjurkan, antaranya Hari Tanpa Kenderaan, Eco Free Market, Kebun Komuniti, Program Kitar Semula dan sebagainya.

MPHS amat mengalu-alukan pandangan dan cadangan penambahbaikan daripada pengunjung portal ini dalam mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan daripada kami untuk semua.

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua warga kerja MPHS, Ahli-Ahli Majlis, Agensi Kerajaan dan Swasta serta para pelanggan yang telah bersama-sama menyumbang kepada kecemerlangan yang telah dikecapi oleh MPHS ini. Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang melayari portal ini. Saya berharap kandungan portal ini akan dapat memberikan manfaat kepada semua pihak

Sekian, terima kasih.

 

YBrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, A.M.S
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Hulu Selangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 23 Oktober 2024, 02:14:35.
Jumlah Pelawat :
00860064

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015