375 Penerima Sumbangan Program Ziarah Ramadan anjuran MPHS

375 PENERIMA SUMBANGAN PROGRAM ZIARAH RAMADHAN ANJURAN MPHS
Menjelang Bulan Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat telah mengadakan Program Ziarah Ramadhan pada 18 Mac 2023.
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi bantuan sumbangan kepada golongan yang memerlukan bagi membuat persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadhan. Disamping itu, melalui program ini juga diharapkan dapat merapatkan hubungan silaturahim antara MPHS bersama masyarakat sekitar masyarakat Hulu Selangor
Pemilihan penerima adalah dalam golongan mereka yang kurang berkemampuan seperti ibu tunggal, anak yatim dan lain-lain yang dirasakan layak berdasarkan hasil pemerhatian ahli majlis kawasan. Sumbangan hanya diberikan kepada penerima yang beragama Islam sahaja dalam menyambut kedatangan Bulan Ramadhan.
Terdapat 25 zon kawasan Ahli Majlis di Hulu Selangor dan sumbangan diserahkan oleh Ahli Majlis zon masing-masing. Sebanyak 15 penerima di setiap zon dan jumlah keseluruhan penerima adalah sebanyak 375 orang.
Penerima yang terpilih telah menerima voucer Segi Fresh berjumlah RM100 daripada MPHS dan pihak Segi Freh turut bekerjasama dalam program ini apabila turut menyumbang sos cili dan kurma kepada penerima.
Semoga Program Ziarah Ramadhan kali ini dapat mewujudkan suatu jaringan, hubungan yang utuh, kuat serta harmoni terutama dalam masyarakat setempat dan semoga program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732363

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015