Audit Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah diaudit bagi Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 bermula 3-5 Oktober 2022 (Isnin-Rabu). Sesi Pengauditan telah diketuai oleh TS. Norlizawati binti Yusof dibantu oleh Pn. Nur Ruzaini Binti Ab Razak, TS. Nur Asma Abdul Wahab dan Aisah Sanai Razali daripada Jabatan Pensijilan Sistem Pengurusan, SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Skop Pensijilan yang didaftarkan adalah Perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan Bagi Perbandaran Hulu Selangor (Merangkumi Perkhidmatan Utama Dan Sokongan Kerajaan Tempatan).
Sesi pengauditan Pensijilan Semula MS ISO 9001:2015 telah melibatkan Penyelaras MS ISO, Ketua Dokumentasi, Pengurus Risiko dan Ketua Audit Dalaman bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015, MPHS. Antara jabatan yang diaudit adalah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Bahagian Pusat Setempat, Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Landskap, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan, Jabatan Bangunan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Khidmat Pengurusan, Bahagian Perolehan dan Bahagian Teknologi Maklumat.
Turut diadakan sesi temubual bersama Yang Dipetua MPHS oleh TS. Norlizawati binti Yusof bersama, Ketua Juruaudit SIRIM QAS International Sdn. Bhd.
Hasil pengauditan MPHS telah berjaya mengekalkan Sijil MS ISO 9001:2015 tanpa sebarang ketakakuran dengan beberapa peluang penambahbaikan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732378

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015