Bengkel Semakan Dokumen Tender Projek

Bengkel Semakan Dokumen Tender Projek bagi Cadangan Membina Sebuah Dewan di Taman Tasik Millenium, Bandar Kuala Kubu Bharu dan di Persiaran Seroja, Bandar Bukit Sentosa, Mukim Serendah bagi Tetuan Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah diadakan pada 26 – 27 Mei 2022 yang lalu.

Bengkel ini turut dihadiri oleh Tuan Yang Dipertua, MPHS, Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Tuan Timbalan Yang Dipertua, MPHS, Tuan Awaluddin bin Zakaria, Pengarah serta Ketua Bahagian Jabatan Teknikal Dalaman, MPHS dan pasukan perunding bagi kedua-dua projek dewan tersebut.

Objektif utama bengkel ini diadakan adalah bagi membuat semakan dan pengesahan terlebih dahulu dari aspek teknikal bagi penyediaan dokumen dan lukisan tender oleh pihak perunding sebelum dokumen tersebut dijual kepada pihak kontraktor.
 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732008

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015