Hot Spot Sampah Haram dibersihkan MPHS

HOTSPOT SAMPAH HARAM DIBERSIHKAN MPHS

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) bersama syarikat kontraktor Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEB) mengadakan operasi pembersihan lokasi titik panas (hotspot) pembuangan sampah haram di Jalan Persiaran Antara Gapi, Serendah pada 22 Jun 2023 yang lalu.

Pihak majlis telah menerima aduan yang tinggi di lokasi tersebut yang merupakan lokasi ‘hotspot’ tumpuan pembuangan sampah haram yang bercampur sisa-sisa binaan, sampah pukal, sampah domestik dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembersihan telah selesai dilaksanakan pada hari yang sama.

Sebagai langkah pencegahan, pihak majlis telah ‘seal’ kawasan tersebut dengan meletakkan tape kuning manakala pemilik tanah (PKNS) telah meletakkan papan tanda Larangan Membuang Sampah dilokasi berkenaan.

Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd berkata sebanyak 26 lokasi pembuangan sampah haram telah dibersihkan pada tahun 2023. Lokasi sampah haram ini sukar untuk dikesan memandangkan lokasinya yang tersorok.

“Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk membasmi tapak pembuangan sampah haram, antaranya melaksanakan kerja-kerja pembersihan di lokasi yang dikenalpasti, meletakkan papan amaran dan memasang tali penghalang. Selain itu, MPHS turut menawarkan pemberian insentif kepada orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya individu yang membuang sampah haram ini dalam menggalakkan orang awam turut sama membantu PBT menangani aktiviti tidak sihat ini,” katanya.

Tegasnya, mana-mana pihak yang membuang sampah haram akan boleh dikenakan tindakan dibawah Undang-undang Kecil Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDHS) 2007. Sehingga kini pihak MPHS telah mengeluarkan sebanyak 10 notis bagi tapak pembuangan sampah haram dan tindakan sitaan 3 buah kenderaan pada tahun 2023

“Saya kesal dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab (membuang sampah merata-rata) ini kerana ianya bukan sahaja mencemarkan alam sekitar malah mengundang pelbagai masalah kesihatan selain turut memberi implikasi kewangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk kerja-kerja pembersihan.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai terutama penduduk setempat untuk menyalurkan maklumat mengenai kegiatan pembuangan sampah haram kepada MPHS bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku sekali gus menjaga imej daerah ini.

*Gambar ehsan KDEB

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 April 2024, 14:10:26.
Jumlah Pelawat :
00728834

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015