Jalan Pahang Lama KKB Kawasan Hotspot Sampah Haram

JALAN PAHANG LAMA KKB KAWASAN ‘HOTSPOT’ SAMPAH HARAM

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menjalankan operasi pembersihan bersama syarikat kontraktor Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEB) di lokasi titik panas (hotspot) pembuangan sampah haram di Jalan Pahang Lama Kuala Kubu Baru pada 7 Jun 2023 dan 24 Jun 2023.

Pihak majlis telah menerima aduan yang tinggi di lokasi tersebut yang merupakan lokasi ‘hotspot’ tumpuan pembuangan sampah haram. Lokasi ini telah 4 kali dibersihkan namun masih lagi dijadikan sebagai kawasan pembuang sampah haram oleh pihak yang tidah bertanggunjawab. Hal ini menunjukkan sikap mentaliti masyarakat yang masih rendah dalam menjaga kebersihan alam sekitar.

Sisa-sisa binaan, sampah pukal dan sampah domestik antara sampah yang ditemui di bahu jalan kawasan tersebut. Longgokan sampah sebegini di tempat awam boleh menyebabkan pencemaran alam sekitar serta merosakkan imej daerah ini.

Pemantauan akan diteruskan selain pita kuning dan papan tanda larangan sudah dipasang di lokasi tersebut bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.

Menurut UUK Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah-Sarap (MDHS) 2007, tiada seorang pun dibenarkan membuang apa-apa sampah di mana-mana tempat awam atau mana-mana tempat yang tidak ditetapkan oleh Majlis sebagai tempat membuang sampah. Kesalahan di bawah UUK ini boleh didenda sekiranya disabitkan tidak melebihi RM2000 atau dipenjara dalam tempoh tidak melebihi 1 tahun, atau kedua-duanya sekali. Dan kesalahan ini boleh dikompaun dengan jumlah tidak melebihi RM1000.

Pihak MPHS tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada pihak yang didapati membuang sampah ditempat yang tidak dibenarkan. Orang awam yang melihat perkara ini berlaku, Sila laporkan ke Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPHS di talian 03-60641050 atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 April 2024, 14:10:26.
Jumlah Pelawat :
00728859

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015