Kunjungan Hormat Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor Ke Umw Aerospace Dan Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah

Tuan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, Tuan Mohd Hasry Bin Nor Mohd telah mengadakan lawatan rasmi dan kunjungan hormat Ke UMW Aerospace Dan Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah. Lawatan ini turut disertai Pengarah dan Ketua Jabatan MDHS. Ini adalah lawatan rasmi kedua Tuan Yang Dipertua untuk berjumpa pelabur utama Daerah Hulu Selangor selain untuk melihat dan memantau pemajuan yang dijalankan oleh UMW Development Sdn. Bhd. Deligasi MDHS telah disambut oleh En. Mohammad Azili Samad, Head Bussiness & Program Management UMW Aerospace Sdn. Bhd., Mr. Eric Chew Kar Kean, Group Director, UMW Development Sdn Bhd serta pengurusan tertinggi UMW Aerospace Sdn. Bhd. dan UMW Development Sdn. Bhd.
 
Di dalam ucapan aluan Tuan Yang Dipertua; beliau mengucapkan tahniah kepada pihak UMW Development Sdn. Bhd. kerana berjaya membangunkan kawasan Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah. Selain itu beliau juga berbangga kerana dengan adanya UMW Aerospace Sdn. Bhd. di Serendah telah meletakkan nama Serendah bukan sahaja di peringkat nasional malah di peringkat antarabangsa di dalam industri aeroangkasa. Tuan Yang Dipertua juga memohon agar pihak UMW dan pihak MPHS boleh berkerjasama di dalam menganjurkan aktiviti sosial dan kemasyarakat.
 
Deligasi diberi taklimat oleh En. Mohammad Azili Samad berkaitan latarbelakang UMW Holdings serta pengoperasian UMW Aerospace Sdn. Bhd. dan seterusnya taklimat kemajuan pembangunan Bandar Industri Bernilai Tinggi oleh Mr. Eric Chew Kar Kean. Deligasi juga turut diberi peluang untuk melihat sendiri proses pemasangan kelongsong enjin kapal terbang, Pusat Inovasi UMW seterusnya ke tapak projek.
 
Sesi lawatan turut disertai oleh YBhg. Dato’ Abdul Rashid Musa, Group Chief Mobility & Innovation Officer/President, Aerospace Division yang memberi pandangan dan serta berbincang bersama Tuan Yang Dipertua dan deligasi di dalam membangunkan industri aeroangkasa dan Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah di masa hadapan. Lawatan diakhiri dengan sesi bertukar momento. Pihak MPHS telah menghadiahkan lukisan Burung Takau Hitam – Kuning (Black-and-Yellow Broadbill) yang telah dilukis oleh peserta pertandingan lukisan Wings Of KKB: Selangor International Birds Fair 2021 Nur Aisyah Adilah Binti Ahmad Shahril Akmar sebagai promosi program tahunan Wings Of KKB: Selangor International Birds Fair yang dianjurkan oleh pihak MPHS.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732008

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015