Lawatan Ke Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sungai Sabai Kalumpang

LAWATAN KE TAPAK PELUPUSAN SANITARI BUKIT TAGAR & TAPAK PELUPUSAN SISA PEPEJAL SG SABAI KALUMPANG
Pada 30 Januari 2023 (Isnin), delegasi dari Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang diketuai oleh Yang Dipertua MPHS, Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Tuan Timbalan Yang Dipertua, Tuan Awaluddin bin Zakaria, Ahli-Ahli Majlis, Pengarah-pengarah Jabatan MPHS dan kakitangan seramai 38 orang secara keseluruhannya.
Lawatan di Tapak Pelupusan Sanitari Bukit Tagar, dan taklimat di tapak diberikan oleh Encik How Lim Sek, CEO Berjaya Enviroparks Sdn Bhd dan Encik Zainal FIkry bin Mohd Zain, GM Berjaya Enviroparks Sdn Bhd. Lawatan tapak turut dilaksanakan di premis kilang pengurusan bahan buangan terjadual, pengurusan gas metana, rawatan air kurasan dan yang terakhir di sel baru yang akan dibuka di tapak pelupusan berkenaan.
Lawatan seterusnya di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sg Sabai yang diuruskan secara konsesi oleh Worldwide Holdings Berhad. Tapak pelupusan ini telah dinaiktaraf dari tapak pelupusan kategori open dumpsite kepada yang lebih teratur dan pengurusan yang lebih baik. Sesi taklimat telah diberikan oleh Encik Nor Haszma Mohd Hashim, Ketua Jabatan Operasi, Worldwide Holdings Berhad, dan Tuan Hj. Rosli Ismail, Ketua Pegawai Operasi Worldwide Holdings Berhad, dan disusuli dengan lawatan disekitar tapak pelupusan

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Selasa 23 April 2024, 07:27:46.
Jumlah Pelawat :
00730480

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015