Lawatan Perkongsian Ilmu Pengetahuan daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ke Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS)

LAWATAN PERKONGSIAN ILMU PENGETAHUAN DARIPADA MAJLIS PERBANDARAN KUALA SELANGOR (MPKS) KE MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR (MPHS)

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menerima lawatan daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) pada 18 Mei 2023 jam 9.30 pagi yang bertempat di Bilik Mesyuarat Chiling, MPHS. Tujuan lawatan ini adalah bagi mempelajari dan perkongsian ilmu pengetahuan tatacara kerja dibawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Lawatan daripada Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) ini terdiri daripada Ahli Majlis, Jabatan Bangunan dan Jabatan Penguatkuasaan yang diketuai oleh Ts. Faezah binti Abd. Aziz.

Ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua MPHS iaitu Tuan Awaluddin bin Zakaria, A.M.S. Seterusnya, taklimat perkongsian ilmu pengetahuan tersebut telah disampaikan oleh Encik Md Rizal Bin Mohd Sofian @ Abd Karim, Pengarah Jabatan Bangunan seperti memproses permohonan pelan bangunan, menyediakan cadangan pelan rekabentuk untuk projek Majlis dan tindakan penguatkuasaan di kawasan daerah Hulu Selangor.

Di akhir lawatan, ahli rombongan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dibawa melawat Look Out Point Empangan Selangor dan The Stick, Kuala Kubu Bharu.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732396

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015