Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada hari ini telah menerima 4 Anugerah Pengiktirafan Diamond di atas pencapaian dalam pengurangan pelepasan Gas Rumah Kaca (GHG) melalui penyertaan MPHS di dalam Program Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C) bagi Tahun 2021. Pengiktirafan Diamond ini terdiri daripada 1 Kategori Zon iaitu Bandar Kuala Kubu Bharu dan 3 Kategori Rakan Kongsi iaitu Ibu Pejabat MPHS, Hospital Kuala Kubu Bharu dan Masjid Ar-Rahimah Kuala Kubu Bharu.
 
Pada majlis yang sama, MPHS turut menerima 4 Pensijilan Sementara (Provisional Certificate) yang terdiri daripada 1 Kategori Zon iaitu Kawasan Perindustrian Kenanga – Jasmine Bukit Beruntung dan 3 Kategori Rakan Kongsi iaitu SK Kuala Kubu Bharu 2, SJKT Kuala Kubu Bharu dan SJKC Khing Ming di atas usaha pembangunan data penanda aras rendah karbon.
 
Penganugerahan Pengiktirafan ini telah sempurnakan oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA). Ybhg. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS serta Ybhg. Tuan Awaluddin bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS hadir untuk menerima penganugerahan ini.
 
Sebagai tambahan, Tahun 2022 merupakan tahun ke empat pelaksanaan LCCF di MPHS di mana ianya bermula sewaktu majlis masih berstatus Majlis Daerah. MPHS komited dalam menyokong inisiatif bandar rendah karbon serta mensasarkan Hulu Selangor Ke Arah Perbandaran Rendah Karbon Pada Tahun 2035.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00731949

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015