Majlis Apresiasi Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) Daerah Hulu Selangor 2021

Majlis Apresiasi JMB/MC ini diadakan bagi meraikan dan menghargai usaha-usaha yang telah dibuat di peringkat JMB/MC demi keseluruhan penduduk dan pihak berkepentingan di kawasan pemajuan berstrata. Pemilihan penerima anugerah adalah berdasarkan penilaian Penarafan Bintang yang telah dilaksanakan pada Disember 2021 yang lepas.

Penarafan Bintang Skim Pemajuan Bangunan Berstrata ini telah dilaksanakan berdasarkan sistem pemarkahan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan dipantau di peringkat negeri oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor.

Fokus sistem pemarkahan ini adalah bagi mengukur tahap keberkesanan JMB/MC dalam menguruskan dan menyenggara kawasan masing-masing berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di bawah Akta 757.

Berdasarkan penilaian yang telah dilaksanakan pada tahun 2021, didapati bahawa hampir kesemua kawasan pemajuan telah menunjukkan pertambahan bintang yang memberi isyarat bahawa telah berlaku peningkatan dalam keberkesanan JMB/MC di kawasan-kawasan pemajuan berstrata dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Apresiasi yang telah berlangsung di Resort World Awana, Genting Highlands pada 17 Jun 2022 telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Puan Rodziah binti Ismail, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar & Pembangunan Usahawan. Majlis turut dihadiri oleh wakil Jabatan Perumahan Negara, KPKT , Lembaga Perumahan Hartanah Selangor(LPHS) untuk bersama-sama memberi penghargaan kepada JMB MC yang diraikan.

Sebanyak 15 JMB MC yang telah menunjukkan peningkatan markah bagi penilaian Penarafan Bintang dan menerima anugerah pada Majlis Apresiasi JMB MC 2021. Tempat pertama bagi Anugerah Pengurusan, Penyenggaraan dan Kewangan

 

Terbaikdimenangi oleh Pangsapuri Anggerik, Taman Bunga Raya. Manakala Tempat Kedua dimenangi oleh Pangsapuri Bakawali, Bukit Sentosa dan Tempat Ketiga dimenangi oleh Pangsapuri Tanjung, Bukit Sentosa.

Pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor berharap supaya JMB/MC dapat meningkatkan lagi pelaksanaan pengurusan Kewangan dan penyenggaraan di kawasan pemajuan strata masing-masing agar penilaian penarafan bintang berada sekurang-kurangnya pada tahap 4 bintang di masa akan datang.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732110

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015