Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Tazkirah Perdana Ambang Ramadan al-Mubarak 1444 Hijrah

Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Tazkirah Perdana ambang Ramadan Al-Mubarak 1444 Hijrah pada 10 Mac 2023 bersamaan 17 Syaban 1444 Hijrah di Perkarangan Kediaman Rasmi Tuan Yang Dipertua MPHS.

Bacaan Yasin, Tahlil dan Sesi Tazkirah Perdana yang bertajuk ‘Persediaan Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak’ telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Zainudin bin Mohamed Zain atau lebih dikenali PU Yeop.
Majlis dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS, YBrs. Tuan Awaluddin bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS, Pengarah-pengarah Jabatan, Ketua-ketua Bahagian dan warga kerja MPHS.

Majlis ini diadakan sebagai pengisian kerohanian dan untuk mengukuhkan tahap integriti warga kerja MPHS dalam melaksanakan tugasan hakiki masing-masing. Diharapkan warga kerja MPHS dapat mempraktikkan dan mengamalkan ilmu yang telah disampaikan dalam sesi tazkirah tersebut.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732276

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015