Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang 2022 MPHS

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang 2022 Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah diadakan di Setia Eco Templer Park Rawang pada 26 Mei 2023 .

Majlis dirasmikan oleh YB Dato’ Haji Haris bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. YB Dato’ Haji Haris bin Kasim juga turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2022 kepada 33 warga Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang menunjukkan prestasi dan khidmat bakti yang cemerlang sepanjang tahun 2022 termasuk tiga (3) orang penerima Anugerah Perkhidmatan Setia (25 tahun) dan lapan (8) Anugerah Jasamu Dikenang kepada pesara.

Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd mengucapkan tahniah kepada semua penerima-penerima APC tahun ini dan berharap ianya dapat menjadi pendorong kepada seluruh warga kerja MPHS dalam menghasilkan perkhidmatan dan meningkatkan mutu perkhidmatan ke arah yang lebih berkualiti, cemerlang serta berimpak tinggi pada tahun-tahun yang akan datang.

Hadir sama Orang Besar Daerah Hulu Selangor, Raja Dato’ Muzaffar Raja Redzwa, Timbalan Yang Dipertua MPHS, Awaluddin Zakaria, Ahli Majlis serta Ketua-ketua Jabatan MPHS.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732378

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015