MPHS berjaya kumpul 312.04 kg minyak masak terpakai melalui Program SIDINA UCO

MPHS BERJAYA KUMPUL 312.04KG MINYAK MASAK TERPAKAI MELALUI PROGRAM SIDINA UCO.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor menganjurkan Program Kitar Semula Minyak Terpakai di bawah Program Sisa Jadi Dana (SIDINA) yang merupakan penjenamaan bagi program kitar semula di bawah Jabatan Pengurusan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSPPA) MPHS bertempat di Pusat Kitar Semula, Kuala Kubu Bharu pada 8 Jun 2023.

Program SIDINA merangkumi semua barangan yang boleh di kitar semula yang boleh menjadi punca pendapatan kepada komuniti dan merupakan salah satu inisiatif majlis dalam menggalakkan ekonomi kitaran. Salah satu item yang boleh dikitar semula adalah minyak masak terpakai atau singkatannya UCO (Used Cooking Oil).

Pada hari ini, pihak MPHS bekerjasama dengan Trash4Cash sebuah syarikat yang berdaftar dengan Malaysian Oil Palm Board (MPOB) dan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam menganjurkan pembelian minyak masak terpakai di bawah Program SIDINA UCO. Harga belian yang ditawarkan pada hari ini adalah sebanyak RM 2.30/kg.

Program yang julung kali diadakan ini khusus buat komuniti sekitar Kuala Kubu Bharu. Hasilnya seramai 45 orang telah membawa UCO mereka dengan jumlah terkumpul 312.04 kilogram. Hasil maklum balas yang menggalakkan program ini akan dilaksanakan secara bulanan di 5 pusat kitar semula MPHS iaitu di Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu, Batang Kali dan Bukit Beruntung (Adenium & Jalan Bunga Kertas).

UCO selalunya akan dibuang ke dalam sinki atau longkang akan menyebabkan longkang busuk dan menarik serangga LILATI (Lipas, Lalat dan Tikus). Selain itu, UCO yang dibuang akan mengalir ke sungai serta mencemarkan alam sekitar. Namun, dengan teknologi terkini UCO boleh digunakan dalam menghasilkan minyak bio-diesel. Sehubungan dengan itu, komuniti digalakkan untuk mengumpul UCO yang akan dibeli oleh syarikat yang berdaftar di bawah Malaysian Oil Palm Board (MPOB).

Mohd Hasry Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS menyeru agar komuniti dan isi rumah di Hulu Selangor terutamanya penjaja- penjaja yang menjual makanan bergoreng dapat mengambil peluang ini untuk sama-sama mengumpul minyak masak terpakai bagi mengelakkan ia dibuang begitu sahaja yang boleh mencemarkan alam sekitar.

Di samping itu, amalan murni ini juga boleh menjana pendapatan tambahan bagi isi rumah khususnya bagi kumpulan B40. Pihak MPHS akan terus komited dalam menyediakan platform bagi menggalakkan amalan kitar semula di kalangan komuniti sebagai usaha dalam mencapai misi Sustainable Development Goals (SDGs) dan Low Carbon City Framework (LCCF), katanya lagi.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732409

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015