MPHS Laksana Sistem Penguatkuasaan Bersepadu (SPKB)

MPHS LAKSANA SISTEM PENGUATKUASAAN BERSEPADU (SPKB)

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menaiktaraf Sistem Pengurusan Kompaun yang digunakan secara manual kepada digital yang dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Bersepadu (SPKB) berkuatkuasa 1 Februari 2022.

Selaras dengan dasar kerajaan negeri Selangor kearah perkhidmatan pendigitalan, sistem ini dibangunkan untuk menambahbaik kaedah pemeriksaan dan pengkompaunan di bawah selian MPHS. Pada masa yang sama, ianya dapat meningkatkan produktiviti serta kompetensi anggota penguatkuasa MPHS dalam melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan.

Sistem ini lebih efektif dan mudah digunakan dengan alat peranti elektronik “Hand Held” semasa anggota penguatkuasa menjalankan tugas di lapangan bagi pemeriksaan lesen, pengeluaran kompaun dan notis mengikut kesalahan di bawah peruntukan Akta dan Undang-Undang Kecil yang digunapakai oleh MPHS. Secara tidak langsung, ianya juga dapat mengurangkan masa semasa tindakan penguatkuasaan di lapangan untuk merekod dan mencetak maklumat secara digital.

Selain itu, penggunaan sistem ini juga lebih menyeluruh kerana ianya bukan sahaja untuk tujuan pengeluaran kompaun malah boleh juga digunakan oleh orang awam untuk tujuan pembayaran kompaun secara atas talian melalui talian E-Billing (portal MPHS), PBTpay (KPKT) dan Citizen E-Payment (CEPAT).

Pada masa kini, Jabatan Penguatkuasaan MPHS sedang menjalankan Pemeriksaan Pemantauan Pelesenan terhadap permis perniagaan dan perindustrian di bawah pentadbiran MPHS. Sehubungan itu, bagi memudahkan semasa anggota penguatkuasa membuat pemeriksaan tersebut, pengusaha premis perniagaan dikehendaki memberikan kerjasama untuk mempamerkan lesen perniagaan/perindustrian di premis perniagaan masing-masing.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 April 2024, 14:10:26.
Jumlah Pelawat :
00728570

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015