MPHS Menghargai 24 Pemegang Taruh Zon Bandar Rendah Karbon Perindustrian

06 DISEMBER 2022 (SELASA)
MPHS MENGHARGAI 24 PEMEGANG TARUH ZON BANDAR RENDAH KARBON PERINDUSTRIAN
Majlis Perbandaran Hulu Selangor memberi penghargaan kepada 24 Pemegang Taruh bagi Zon Bandar Rendah Karbon Kawasan Perindustrian Zon Kenanga – Jasmine Bukit Beruntung pada Majlis Penyerahan Sijil Penghargaan yang berlangsung di Tamu Hotel & Suite, Kuala Lumpur. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Turut hadir bersama pada majlis ini Dato’ Kevin Lai Tak Kuan, Pengerusi Bersama, Jawatankuasa Taman Perindustrian Hulu Selangor (IPMC), Ahli Majlis, Pengarah Jabatan dan Agensi Teknikal. Sebanyak 22 Pemegang Taruh Industri Dan 2 Pemegang Taruh Industri Pendidikan diberi penghargaan di atas komitmen yang diberikan berkaitan Program Low Carbon Cities 2030 Challenge (LCC2030C) sepanjang tahun 2021.
Pada majlis yang sama, sebanyak 80 Orang Peserta turut terlibat di dalam Bengkel Pelaksanaan Pelan Rangka Kerja Bandar Rendah Karbon ‘Low Carbon Cities Framework’ turut diadakan bertujuan untuk memberi pemahaman kepada pemain industri di Daerah Hulu Selangor. Penceramah jemputan yang dijemput pada bengkel ini dari Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC).

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732363

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015