MPHS Perolehi Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)

MPHS Perolehi Pensijilan MS ISO/IEC 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS)

Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah berjaya memperolehi Sijil MS ISO/IEC 27001:2013 Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS). Sesi Pengauditan Peringkat kedua telah diadakan pada 1 dan 2 Jun 2023 bertempat di Pejabat Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS) merupakan suatu pendekatan yang bersistematik dan berstruktur di dalam pengurusan maklumat.Objektif ISMS dilaksanakan adalah untuk mengurus dan melindungi keselamatan maklumat selaras dengan keperluan dan ekspektasi pemegang taruh. Ia menekankan kepada konsep atau prinsip keselamatan maklumat iaitu pemeliharaan kerahsiaan, integriti dan kebolehsediaan.

Sesi Pembukaan dan Penutupan Audit telah dipengerusikan oleh Timbalan Yang Dipertua MPHS merangkap Pengerusi Projek ISMS, YBrs. Tuan Awaluddin Zakaria, A.M.S. Turut hadir Encik Shaiful Rizza bin Haji Piamin, Timbalan Setiausaha MPHS, Encik Mohamad Ramdan bin Ibrahim, Ketua Bahagian Teknologi Maklumat merangkap Pengurus Projek ISMS, Pengarah-Pengarah Jabatan, Audit Dalam serta Ahli Jawatankuasa ISMS.

Audit yang dijalankan selama dua hari ini diketuai oleh Puan Efizan binti Zamri selaku Ketua Audit SIRIM dan dibantu oleh Puan Sazlin binti Alias serta Encik Azran bin Mohammad Ridzuan juga Juruaudit SIRIM. Dalam sesi audit yang dijalankan, hanya 1 NCR Minor direkodkan. Syabas dan tahniah kepada semua warga MPHS terutama Bahagian Teknologi Maklumat yang terlibat dalam memastikan keperluan audit dapat dipenuhi. MPHS sentiasa memastikan budaya kerja cemerlang terus di utamakan dan dilaksanakan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00731971

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015