MPHS Sita Rumah Urut

MPHS SITA RUMAH URUT

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengambil tindakan sitaan ke atas sebuah premis yang menjalankan aktiviti perniagaan urutan badan dan refleksologi tanpa kebenaran di Bukit Sentosa pada 15 Jun 2023.

Operasi bermula jam 10.00 malam itu diketuai oleh Muhammad Azrul Nizam Mohd Azizi, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPHS dan dibantu seramai 21 anggota penguatkuasa MPHS. Operasi dijalankan berikutan premis didapati ingkar notis yang telah dikeluarkan bagi menghentikan segala aktiviti perniagaan.

Ketika anggota operasi tiba di lokasi, pintu premis tidak berkunci dan premis beroperasi seperti biasa. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat 2 orang tukang urut (wanita berbangsa melayu), seorang penjaga premis (wanita berbangsa cina), 2 orang pelanggan (lelaki warga Bangladesh), peralatan mengurut dan juga beberapa unit katil kerusi urut berada di dalamnya. Salah seorang daripada lelaki warga Bangladesh tersebut sedang mendapatkan rawatan urutan badan daripada seorang tukang urut wanita, di salah sebuah katil urut yang disediakan.

Anggota operasi cuba mendapatkan penjelasan daripada penjaga premis berhubung dengan lesen perniagaan premis perniagaan tersebut. Penjaga premis telah menunjukkan resit bayaran proses permohonan lesen yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pelesenan MPHS kepada anggota operasi.

Penerangan telah diberikan bahawa resit berkenaan bukanlah lesen perniagaan dan beliau sepatutnya menghentikan perniagaan urut refleksologi ini sebaik sahaja menerima notis (no. rujukan H15N230022) yang dikeluarkan pada 6/6/2023 yang lalu.

Pemilik premis akur dengan penjelasan yang diberikan dan tindakan tegas diambil dengan menyita 4 set kerusi urut refleksologi di premis ini. Tindakan sitaan telah dilaksanakan di bawah Undang-Undang Kecil 3 dan 36, Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (MDHS) 2013 iaitu menjalankan aktiviti perniagaan urutan badan dan refleksologi tanpa kebenaran. Kesemua barang-barang yang di sita telah di bawa ke depoh tahanan MPHS untuk proses tahanan dan tindakan selanjutnya.

MPHS ingin mengingatkan kepada semua pemilik perniagaan dan masyarakat supaya sentiasa mematuhi dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengelakkan tindakan tegas diambil terhadap mereka.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 April 2024, 14:10:26.
Jumlah Pelawat :
00728782

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015