MPHS wujudkan pusat pengeluaran kompos

Bersempena tema sambutan World Landscape Architecture Month (WLAM) pada tahun ini iaitu Landskap Berdaya Tahan, Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah mengadakan Majlis Perasmian Pusat Pengeluaran Kompos pertama milik MPHS di Jalan Kenanga 9, Bukit Beruntung pada 14 April 2022.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Dipertua MPHS, Mohd Hasry Nor Mohd dengan dihadiri oleh Ketua Operasi KDEB Cawangan Hulu Selangor, Al Kamarizal Abd Latif, Timbalan Yang Dipertua MPHS, Awaluddin Zakaria, ahli majlis serta pengarah dan ketua jabatan MPHS.

Mohd Hasry berkata, saban tahun sisa yang dihasilkan oleh penyelenggaraan pokok teduhan oleh Majlis menghampiri angka 450 tan sebulan. Sisa ini kemudiannya dihantar ke pusat pelupusan Sungai Sabai. Manakala sisa pemotongan rumput yang dihasilkan pula menghampiri 109 tan sebulan. Kaedah konvensional ini tidak selaras dengan dasar MPHS ke arah perbandaran bestari melalui tadbir urus yang cekap dan efisien.

Justeru, Pusat Pengeluaran Kompos dibina bagi memastikan tiada lagi sisa penyelenggaraan landskap dihantar ke tapak pelupusan, dan sisa diproses kepada serpihan – serpihan kayu dan dibiar urai runtuh untuk menjadi kompos. Sisa rumput pula adalah ejen

 

terbaikbagi memastikan serpihan kayu dikompos dengan lebih berkesan, katanya lagi.

Dalam usaha MPHS menjadikan Hulu Selangor sebuah bandar dan penempatan masyarakat yang inklusif, selamat, dan berdaya tahan, penghasilan aktiviti pengkomposan ini dilihat dapat manjadi sebahagian daripada usaha mencapai matlamat pembangunan mampan kesebelas iaitu bandar dan komuniti yang mampan.

Dengan wujudnya Pusat Pengeluaran Kompos ini diharapkan sisa penyelenggaran landskap dan sisa pemotongan rumput tidak lagi dibuang ke tapak pelupusan sampah dan diproses untuk menghasilkan baja kompos. Pengkomposan itu sendiri adalah satu sistem alternatif dan proses penguraian biologi kos rendah kepada sistem pengurusan sisa pepejal sedia ada.

Semoga kewujudan Pusat Pengeluaran Kompos ini dapat meningkatkan nilai tambah dalam usaha – usaha membudayakan landskap di peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi. Pada masa yang sama hasil – hasil kompos boleh dijadikan sebagai salah satu sumber pendapatan Majlis.
 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00731900

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015