Operasi Bersepadu Denggi Selangor 2023 di Daerah Hulu Selangor

OPERASI BERSEPADU DENGGI SELANGOR 2023 DI DAERAH HULU SELANGOR
Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor menjalankan Operasi Bersepadu Denggi Selangor 2023 sebagai salah satu langkah dalam usaha menurunkan kes demam denggi di 4 daerah yang mencatatkan kes denggi yang tertinggi iaitu Daerah Klang, Petaling, Hulu Selangor dan Hulu Langat bermula pada 15 Februari 2023 sehingga 22 Mac 2023.
Di Daerah Hulu Selangor, operasi akan tertumpu di kawasan perumahan penduduk di Apartmen Kenanga dan Apartmen Dahlia, Taman Bunga raya. Beberapa lokasi lain juga akan diberi perhatian seperti di Jalan Orkid, Jalan Cempaka dan Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa.
Operasi ini turut dibantu oleh agensi dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor iaitu Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Jabatan Penerangan Daerah Hulu Selangor.
Antara aktiviti yang dilakukan di lokasi merangkumi Pemusnahan Tempat Pembiakan (PTP), Cari dan Musnah (SND), Larvaciding dan juga semburan kabus thermal terutamanya di kawasan titik panas (Hotspot) Wabak Denggi di kawasan Bukit Beruntung dan juga kawasan Bukit Sentosa.
Selain itu, pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Selangor turut mengambil inisiatif membuat promosi kesedaran dan pendidikan kesihatan berkaitan demam denggi di program gotong-royong yang dianjurkan oleh komuniti setempat bagi kes sporadik.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732191

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015