Operasi Penguatkuasaan Tapak Sampah Haram di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung

OPERASI PENGUATKUASAAN TAPAK SAMPAH HARAM DI JALAN TELIPOT BUKIT SENTOSA DAN DI JALAN PERINDUSTRIAN KENANGA BUKIT BERUNTUNG

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) telah menjalankan operasi penguatkuasaan tapak sampah haram di Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung pada 09 Mac 2023.

Seramai 28 anggota telah terlibat di dalam operasi penguatkuasaan sampah haram yang melibatkan Jabatan Penguatkuasaan MPHS, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Perancang Bandar serta beberapa agensi antaranya Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor (PDTHS) dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Semasa siasatan dijalankan, terdapat 2 lokasi tapak sampah haram di kawasan yang tidak dibenarkan oleh pihak Majlis. Semasa operasi dijalankan, terdapat sebuah bangunan yang menjalankan aktiviti burung walit yang beroperasi tanpa kebenaran pihak Majlis serta membina struktur bangunan tanpa kebenaran Majlis, dan binaan kandang anjing tanpa kebenaran pihak Majlis.

Operasi dilanjutkan ke Perindustrian Kenanga Bukit Beruntung, dan anggota mendapati terdapat 2 buah lori yang sedang membuang sampah ditapak pelupusan haram berkenaan. Hasil siasatan, mendapati tanah adalah berstatus tanah kerajaan rizab jalan. Operator ditemui ditapak dan memaklumkan aktiviti tersebut telah dijalankan selama 6 bulan dan telah mengenakan caj RM50/lori . Jabatan Penguatkuasa MPHS telah menyita 2 unit kenderaan iaitu 1 lori jenis 3 tan dan 1 tan. Lori disita telah dibawa ke depoh Jabatan Penguatkuasa di Rasa bagi tujuan penyimpanan.

Tindakan penguatkuasaan yang di ambil di Jalan Telipot Bukit Sentosa :

1) Jabatan Bangunan mengeluarkan 2 kompaun dan 3 notis di bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133)
2) Jabatan Penguatkuasa mengeluarkan 2 kompaun di bawah Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan & Perindustrian (MDHS) 2007 dan Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing & Rumah Pembiakan Anjing 2007.
3) Jabatan Perancang Bandar mengeluarkan 4 notis di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)
4) Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam mengeluarkan 4 notis di bawah Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDHS) 2007

Di Perindustrian Kenanga Bukit Beruntung :

1) Jabatan Penguatkuasa menyita 2 lori jenis 3 tan dan 1 tan di bawah Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarap (MDHS) 2007
2) Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor (PDTHS) mengeluarkan notis di bawah seksyen 425 Kanun Tanah Negara, 1965

Orang awam yang mempunyai maklumat tentang aktiviti pembuangan sampah secara haram boleh berhubung dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPHS ditalian 03-60641050 atau emelkan ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. untuk tindakan selanjutnya.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732191

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015