Pemeriksaan terhadap sebuah premis yang menjalankan aktiviti mengumpul / menjual sisa pakaian lusoh

Seramai 17 pegawai dan kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor yang terdiri daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Perancang Bandar, Jabatan Bangunan, Bahagian Korporat bersama dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan pemeriksaan terhadap sebuah premis yang menjalankan aktiviti mengumpul / menjual sisa pakaian lusoh di lot 792, Jalan KKB – Rasa (Ladang Ulu Selangor), Mukim Rasa. Semasa pemeriksaan dibuat, salah seorang pekerja premis sedang memuatkankan sisa pakaian lusoh tersebut ke dalam lori treler menggunakan sebuah eskavator.

Hasil siasatan lanjut mendapati premis berkenaan tidak mempunyai kelulusan/kebenaran daripada mana-mana agensi termasuk MPHS. Pemilik juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kepada pihak MPHS. Operasi pemeriksaan ini telah diketuai oleh Encik Muhammad Yusairi bin Azman (Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam, MPHS). Beliau telah menerangkan kesalahan yang dilakukan oleh pemilik premis dan tindakan sitaan yang akan dilaksanakan.

MPHS telah bertindak menyita sebuah lori treler dan sebuah eskavator yang digunakan di premis tersebut. Tindakan sitaan telah dilaksanakan berdasarkan kepada UUK3 & 38(1), Undang-Undang Kecil Tred, Perniagaan & Perindustrian MDHS (2007). Aktivit pusat pengumpulan dan pelupusan pakaian lusoh ini dijalankan berhampiran dengan jalan utama dan jaraknya dengan anak sungai lebih kurang 150 meter hingga 200 meter. Antara sebab premis ini disita adalah bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar (melalui air dan udara) sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini di premis berkenaan. Pemantauan terhadap aktiviti seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732409

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015