Perbincangan Bersama Wakil Persatuan Penduduk Taman Desa Sebarau Berkaitan Permasalahan Sistem Peparitan

Satu perbincangan bersama wakil Persatuan Penduduk Taman Desa Sebarau berkaitan permasalahan sistem perparitan telah diadakan oleh Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) pada 14 Januari 2022 di Taman Desa Sebarau, Hulu Yam Lama.

Perbincangan bermula jam 9.30 pagi itu turut dihadiri wakil pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Hulu Selangor, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPHS ,wakil dari pihak pemaju serta Jabatan Kejuruteraan MPHS.

Perjumpaan ini bertujuan menyelesaikan isu aduan yg dibangkitkan oleh penduduk berkaitan limpahan air daripada kolam tadahan yang tidak diselenggara. Di samping itu terdapat juga perbincangan berkaitan isu-isu penyelenggaraan yang di sediakan kepada penduduk oleh pihak kerajaan.
Berkaitan isu kolam tadahan, JPS Hulu Selangor telah dapat menyelesaikan isu tersebut dengan melaksanakan kerja pembersihan didalam kolam tadahan tersebut. Kolam tersebut tidak dapat diselenggara sebelum ini kerana masih belum dibuat proses serahan oleh pihak pemaju.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00731875

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015