Perhimpunan Pagi MPHS telah diadakan pada 17 Januari 2023 (Selasa)

Perhimpunan Pagi MPHS telah diadakan pada 17 Januari 2023 (Selasa) pada pukul 8.00 pagi bertempat di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu.
Majlis Perhimpunan Pagi MPHS pada pembukaan tahun 2023 ini telah dihoskan oleh Jabatan Khidmat Pengurusan MPHS dan disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS. Turut hadir bersama ialah YAD. Raja Dato’ Muzaffar bin Raja Redzwa, Orang Besar Daerah, Tuan Awaluddin bin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS, barisan Ahli Majlis dan Pengarah Jabatan serta Ketua Bahagian MPHS. Perhimpunan kali ini dihadiri oleh seramai 200 orang kakitangan.
Dalam ucapan dan amanat YBrs. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS beliau mengingatkan Tahun 2022 telah berlalu pergi dengan catatan suka duka. Disebalik semua kejayaan pada tahun lalu kita perlu mengambil pengajaran dan ikhtibar daripadanya untuk menjadikan tahun 2023 lebih baik lagi.
Tuan Yang Dipertua turut mengingatkan agar tidak bekerja in silo tetapi perlu berkerja erat dengan semua pemegang taruh, pelanggan dan masyarakat Hulu Selangor. Perkhidmatan juga perlu terus diberikan dengan kualiti yang terbaik. Beliau jugak meminta semua kakitangan MPHS berazam pada tahun 2023 untuk membawa nama MPHS ke mercu kejayaan yang lebih gemilang.
Dalam Majlis Perhimpunan Pagi tersebut, Tuan Yang Dipertua turut melancarkan Kumpulan Whatsapp Rasmi MPHS. Selain itu, beliau juga menyempurnakan sesi penghargaan kepada kakitangan bagi tahun 2022. Antaranya penghargaan pentauliahan Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) bagi tahun 2022, penghargaan pengurniaan Pingat Negeri Selangor Darul Ehsan bagi Tahun 2022 serta penghargaan bagi pencapaian program-program inovasi tahun 2022.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732263

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015