Perlawanan Persahabatan Badminton Antara MPHS bersama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

Telah berlangsung perlawanan persahabatan badminton di antara MPHS bersama dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor pada 14 Mac 2023 (Selasa) bertempat di Tropicana Badminton Academy Sungai Buloh, Selangor.

Perlawanan persahabatan ini melibatkan seramai lebih kurang 32 orang pemain, 16 pemain dari setiap pasukan. Terdapat beberapa kategori perlawanan telah diadakan antaranya bergu lelaki, bergu wanita dan juga bergu campuran.

Objektif pelaksanaan sukan ini adalah sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua pengguna dan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran untuk menjalani gaya hidup cergas sihat serta mengeratkan hubungan silaturrahim.

Pengurus pasukan badminton MPHS, Mazlan bin Ariffin telah menguruskan perlawanan persahabatan badminton ini dan berterima kasih kepada Kelab Sukan dan Kebajikan MPHS diatas sokongan dan dorongan terhadap sukan kakitangan MPHS.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

#majlisperbandaranhuluselangor
#jabatanperhutanannegeriselangor
#badminton
#kelabsukandankebajikanmphs
#kitaselangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Ahad 21 April 2024, 14:10:26.
Jumlah Pelawat :
00728564

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015