Program Pendidikan Komuniti Strata 1.0 Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2022

Program Pendidikan Komuniti Strata 1.0 Majlis Perbandaran Hulu Selangor 2022.
Tarikh: 22 September 2022 ( Khamis )
Masa: 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
Tempat: Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu
Program Pendidikan Komuniti Strata 1.0 MPHS 2022 ini diadakan bagi memberi ruang kepada sesi taklimat dan perkongsian maklumat daripada jabatan-jabatan teknikal dalaman MPHS kepada anggota-anggota jawatankuasa JMB/MC dan Ejen Pengurusan.
Sesi taklimat ini diharapkan akan dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada pihak JMB/MC dan ejen pengurusan tentang prosedur-prosedur dan peraturan yang melibatkan Akta-akta, Enakmen-enakmen dan Undang-Undang Kecil yang berkaitan di pihak berkuasa tempatan seterusnya mengelakkan kekeliruan bidang tugas dan kuasa yg dikhuatiri bertindih antara pihak JMB/MC dan pihak berkuasa tempatan.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh wakil-wakil daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Bangunan dan Bahagian Pesuruhjaya Bangunan Majlis Perbandaran Hulu Selangor.
Program ini telah dihadiri oleh seramai 70 peserta yang terdiri daripada anggota-anggota jawatankuasa JMB/MC dan wakil-wakil Ejen Pengurusan yang dilantik.
Bahagian Pesuruhjaya Bangunan MPHS berharap agar program ini dapat membina hubungan dua hala yang antara pihak Majlis dan JMB/MC/Ejen Pengurusan dan seterusnya berhasil meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat khususnya kepada komuniti strata dan kepada seluruh penduduk dalam daerah Hulu Selangor amnya.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732132

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015