Sesi Taklimat Pertandingan Rekabentuk Landskap Dataran Kuala Kubu Bharu

Sempena Sambutan World Landscape Architecture Month yang di sambut setiap April, Jabatan Landskap MPHS telah mengadakan sesi taklimat kepada para peserta yang mengambil Bahagian dalam Pertandingan Rekabentuk Landskap Dataran Kuala Kubu Bharu. Taklimat telah dijalankan di perkarangan Dataran Kuala Kubu Bharu.

Taklimat telah disampaikan oleh Penolong Arkitek Landskap, En. Mohd Noor Effendi B. Mohd Tahir. Taklimat yang disampaikan menjurus kepada penerangan berkaitan rekabentuk dan syarat-syarat pertandingan.

Sesi taklimat ini juga turut dihadiri oleh pensyarah-pensyarah dan pelajar -pelajar IPTA antaranya daripada Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Teknologi Mara (UITM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Politeknik Nilai dan Kolej Vokasional dan Teknikal Rembau.

Diharap kepada semua peserta pertandingan rekabentuk ini dapat memberikan komitmen dan idea yang menarik dan boleh dianggap sebagai satu sumbangan yang besar ke arah pembangunan pengindahan landskap Bandar Kuala Kubu Bharu sejajar dengan tema sambutan Bulan Senibina Landskap Sedunia (WLAM) 2022 iaitu ‘Daya Tahan Landskap Kearah Kelestarian Alam’.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732008

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015