Taklimat penbentangan Dasar Kebun Komuniti 2022

MPHS melalui Jabatan Landskap telah mengadakan satu taklimat penbentangan Dasar Kebun Komuniti 2022 secara atas talian kepada para peserta yang terlibat dengan Program Kebun Komuniti.

Dasar Kebun Komuniti yang di telah digariskan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah dibentangkan oleh LAr . Mohd Fadhil bin Mohd Lani, Pengarah Jabatan Landskap.

Dasar Kebun Komuniti ini diperkenalkan oleh KPKT bertujuan untuk membangunkan semula kebun-kebun komuniti secara tersusun, sistematik, organik dan mampan di kawasan- kawasan Bandar serta mengikut peraturan dan prosedur sedia ada. Dasar ini juga menggalakkan komuniti perumahan bercucuk tanam di kawasan perumahan.

Turut dibentangkan dalam sesi yang sama adalah mengenai Pengecualian Permit Struktur bagi kebun komuniti yang disampaikan oleh Puan Nurul Huda binti Khairuddin, Penolong Arkitek Landskap.

Peserta – peserta sesi webinar ini adalah terdiri daripada wakil dan ahli Jawatankuasa penduduk:
1. Perumahan Desa Melor, Serendah
2. Perumahan Jalan Inai, Bukit Beruntung
3. Desa Anggerik, Serendah
4 Apartmen Kenanga, Taman Bunga Raya
5. Apartmen Seri Semarak, Bukit Sentosa
6. Apartmen Seri Bakawali, Bukit Sentosa
7. Perumahan Jalan Adenium 5&6 Bukit Beruntung.
8. Taman keruing, Rasa.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732238

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015