Taklimat Pertandingan Rekabentuk Landskap Jalan Orkid, Bukit Sentosa 2023

TAKLIMAT PERTANDINGAN REKABENTUK LANDSKAP JALAN ORKID, BUKIT SENTOSA 2023
Tarikh : 1 Mac 2023
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Komuniti Bukit Sentosa
Taklimat telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Landskap MPHS, LAr. Mohd Fadhil Bin Mohd Lani berkaitan syarat pertandingan dan penerangan keadaan lokasi yang perlu direka oleh peserta-peserta yang menyertai program ini. Jalan Orkid Bukit Sentosa merupakan lokasi yang telah dipilih oleh jabatan sebagai kawasan yang perlu direkabentuk oleh peserta berdasarkan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak jabatan.
Penyertaan ini adalah terbuka kepada seluruh institusi pengajian tinggi awam/swasta. Pemenang pertandingan ini bakal menerima wang tunai bernilai RM 1,000.00 beserta sijil.
Sesi taklimat ini telah dihadiri oleh beberapa wakil daripada institusi pengajian tinggi awam antaranya dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 24 April 2024, 06:55:08.
Jumlah Pelawat :
00732132

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015