White Water Rafting Bersama Influencer Sosial Media dari Kazakhstan dan Uzbekistan

WHITE WATER RAFTING BERSAMA INFLUENCER SOSIAL MEDIA DARI KAZAKHSTAN DAN UZBEKISTAN
Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) menerima kunjungan influencer (pempengaruh) Media Sosial dari Uzbekistan dan Kazakhtan yang hadir ke daerah ini bagi merasai keseronokan melakukan aktiviti White Water Rafting di Kuala Kubu Bharu pada 28 Februari 2023.
Kehadiran influencer ini ke Malaysia selama 8 hari (21 Februari – 1 Mac 2023) adalah dibawah program Familiarisation Trip From Commonwealth Independent State – Kazakhstan dan Uzbekistan dengan kerjasama Tourism Malaysia Almaty. Seramai 5 orang influencer telah dijemput iaitu 3 dari Uzbekistan dan 2 dari Kazakhstan yang mana pengikut-pengikut mereka secara keseluruhannya mencecah seramai 3.5 juta pengikut..
Program ini diadakan oleh Tourism Malaysia bertujuan untuk mempromosikan tempat-tempat pelancongan menarik di Malaysia kepada negara Asia Tengah yang ditayangkan secara langsung melalui platform media sosial influencer yang berasal dari negara berkenaan.
Hulu Selangor merupakan destinasi terakhir setelah mereka dibawa melawat ke beberapa kawasan di beberapa buah negeri seperti di Putrajaya, Langkawi, Genting Highland, Kuala Lumpur dan Selangor. Sebagai sebuah daerah yang terkenal dengan destinasi pelancongan sukan lasak, mereka telah dibawa untuk merasai pengalaman menjalankan aktiviti white water rafting di Kuala Kubu Bharu.
Aktiviti yang bermula jam 10.00 pagi ini dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Encik Abdullah Piee (Mr.Pie) selaku Pengarah Operasi PieRose Swifter Sdn. Bhd. mengenai tatacara pengendalian dan keselamatan semasa aktiviti berlangsung.
Seramai 18 peserta dari pelbagai agensi turut mengambil peluang untuk bersama-sama menjalankan aktiviti ini yang terdiri daripada beberapa agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Ibu Pejabat Polis, Daerah Kuala Kubu Bharu, Kelab Rekreasi Hulu Selangor, Tourism Malaysia, Tourism Selangor dan kakitangan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).
Aktiviti yang berlangsung selama 3 jam ini di akhiri dengan jamuan makan sambil menikmati keindahan alam semulajadi sebelum mereka berangkat pulang ke negara masing-masing. Semoga inisiatif ini dapat menarik lebih ramai lagi pelancong untuk datang ke Daerah Hulu Selangor khususnya dan amnya Malaysia.
 

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 04 Disember 2024, 09:01:03.
Jumlah Pelawat :
00881479

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015