Audit Pemantauan (2) MS ISO 9001:2015

Audit Pemantauan (2) MS ISO 9001:2015

Kuala Kubu Bharu, 2-3 Oktober 2024- Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah mengadakan Sesi Audit Pemantauan (2) MS ISO 9001:2015.

Sesi pengauditan telah melibatkan Penyelaras MS ISO, Ketua Dokumentasi, Pengurus Risiko dan Ketua Audit Dalaman bagi Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015, MPHS. Antara jabatan yang diaudit adalah Jabatan Perbendaharaan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Landskap, Jabatan Bangunan, Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pembangunan Masyarakat, Jabatan Khidmat Pengurusan, Bahagian Pesuruhjaya Bangunan, Bahagian Teknologi Maklumat, Bahagian Perundangan

Mesyuarat Penutupan Audit Pemantauan (2) MS ISO 9001:2015 telah dipengerusikan oleh Puan Julaihah binti Jamaluddin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor, dan turut hadir bersama Pengarah Jabatan/ Ketua Bahagian serta wakil-wakil jabatan/bahagian.

Hasil pengauditan, MPHS telah berjaya mengekalkan Sijil MS ISO 9001:2015 tanpa sebarang ketakakuran dengan beberapa peluang penambahbaikan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 20 Disember 2024, 04:01:30.
Jumlah Pelawat :
00891005

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015