Hari Kedua misi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh Father’s Organic Farm.
Yang Dipertua MPHS , Tuan Mohd Hasry Nor Mohd, Tuan Awaluddin Zakaria, Timbalan Yang Dipertua MPHS, YDM Raja Muzaffar Raja Redzwa, Orang Besar Daerah Hulu Selangor dan beberapa Pengarah dan pegawai Jabatan MPHS turut bersama rakan agensi yang terlibat menyambut dan mengiringi keberangkatan DYTM Raja Muda Selangor ke lokasi kejadian.
DYTM Raja Muda diberikan taklimat mengenai operasi dan turut meninjau kawasan kejadian serta menyantuni petugas dan team penyelamat