19 Oktober 2024, Kuala Lumpur - Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2024 telah melabuhkan tirainya pada hari ini.
YB. Tuan Ng Sze Han, Exco Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Negeri Selangor telah merasmikan Majlis Penutupan yang berlangsung di Planetary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Ybrs. Puan Julaihah binti Jamaludin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor hadir pada majlis tersebut. Turut hadir bersama pegawai dari Jabatan Perancang Bandar MPHS.
Yang Dipertua juga turut melawat reruai pameran serta menyantuni para pempamer PBT Selangor di sini. Program ini telah berlangsung selama 4 hari bermula 16 - 19 Oktober 2024.