Latihan Pengungsian Bangunan (Fire Drill) telah diadakan di Pejabat MPHS pada 30 Jun 2022 melibatkan semua warga kerja dan pelanggan yg berada di dalam pejabat.
Latihan ini diadakan dengan kerjasama Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dengan keanggotaan seramai 7 orang anggota untuk membantu pihak MPHS.
Saranan daripada pihak BOMBA,latihan ini perlu diadakan sebanyak 2 kali setahun agar semua kakitangan dan pelanggan dapat bersedia sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini sewaktu berurusan di Pejabat MPHS.