Lawatan dan Sesi Penyerahan Plak Projek Geran Khas Komuniti Mampan 2.0 Tahun 2023

Lawatan dan Sesi Penyerahan Plak Projek Geran Khas Komuniti Mampan 2.0 Tahun 2023

06 Sept. 2024, Kerling, Hulu Selangor – Pada hari ini telah diadakan satu sesi lawatan ke atas projek yang dilaksanakan melalui peruntukan Geran Khas Komuniti Mampan 2.0 MPHS bagi Tahun 2023 bertempat di Tabika Kemas Raudhatul Solihin, Kerling.

Sesi lawatan ini telah dihadiri oleh 3 Orang Ahli Majlis iaitu Puan Law Suet Peng, Puan Saripah binti Bakar dan Encik En. Chinniah a/l Subramaniam. Turut hadir pada sesi lawatan ini TPr. Gs. Azlina binti Mokhtar, Pengarah Jabatan Perancang Bandar, MPHS serta para pegawai MPHS.

MPHS turut menyerahkan Plak Projek Geran Khas Komuniti Mampan 2.0 Tahun 2023 kepada pihak Tabika Kemas Raudhatul Solihin, Kerling yang telah berjaya melaksanakan projek dengan memberi impak yang berkesan. Pihak MPHS juga turut membuat sumbangan Baja Kompos kepada pihak Pentadbir Tabika.

MPHS mengucapkan tahniah di atas kejayaan pihak Tabika Kemas Raudhatul Solihin, Kerling yang telah berjaya mewakili Negeri Selangor di dalam Pertandingan Taman Pintar Botani anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) untuk dipertandingkan di Peringkat Kebangsaan.

MPHS menyokong sepenuhnya usaha yang telah dilaksanakan dan mendoakan agar Tabika Kemas Raudhatul Solihin, Kerling berjaya mendapat tempat terbaik di peringkat kebangsaan serta menjadi contoh kepada komuniti, institusi di Daerah Hulu Selangor.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon #InisiatifSDG

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 25 Oktober 2024, 09:09:38.
Jumlah Pelawat :
00861541

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015