Lawatan Kerja Jawatankuasa SMART Mampan Hulu Selangor ke SDG Centre Kuala Lumpur

LAWATAN KERJA JAWATANKUASA SMART MAMPAN HULU SELANGOR KE SDG CENTRE KUALA LUMPUR
Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui Jawatankuasa Smart Mampan Hulu Selangor telah membuat lawatan kerja ke SDG Centre Kuala Lumpur.
Delegasi MPHS diketuai oleh TPr. Puan Azlina Binti Mokhtar, Pengarah Perancang Bandar MPHS. Seramai 29 Orang peserta terlibat di dalam lawatan ini yang terdiri daripada Ahli Majlis, Pengarah Jabatan dan Pegawai-pegawai Jabatan Dalaman MPHS. Sesi lawatan ini telah disambut oleh YBhg. TPr. Puan Norliza binti Hashim, CEO Urbanice Malaysia.
Lawatan kerja ini diadakan bertujuan sebagai sesi kolobrasi dan pengenalan antara MPHS dan Urbanice Malaysia dalam melaksanakan pelaporan SDG di peringkat PBT melalui penyediaan SDG Roadmap dan VLR. Dalam sesi ini juga, Tn Syed Iskandar Syed Mustapha selaku Pegawai Pengurus SDG Centre turut berkongsi pengenalan dan pengalaman dalam melaksanakan inisiatif SDG yang telah dilaksanakan.

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Isnin 23 Disember 2024, 01:18:34.
Jumlah Pelawat :
00891204

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015