Lawatan Kerja Unit Pengurusan Aset PSUK Negeri Selangor

LAWATAN KERJA UNIT PENGURUSAN ASET PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN (PSUK) NEGERI SELANGOR KE MPHS.19 Julai 2024. MPHS - Lawatan kerja ini sebagai penanda aras serta menjalinkan kerjasama strategik pihak Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang bertanggungjawab terhadap pengurusan aset di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (PSUK) bersama dengan pihak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).Delegasi seramai 28 orang yang diketuai oleh Encik Ahmad Nazmi bin Razali (Penolong Setiausaha) tiba di Dewan Merdeka Kuala Kubu Bharu bagi sesi taklimat berkaitan pengurusan aset kerajaan merangkumi aspek pengurusan aset alih, aset tidak alih dan hartanah, teknikal serta pengangkutan di MPHS. Taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis (Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan, MPHS) serta turut hadir sama pada taklimat tersebut ialah Pengarah/ Ketua Bahagian serta pegawai teknikal MPHS.Semoga dengan Kerjasama ini membolehkan kedua-dua pihak berkongsi pengalaman, idea dan pendapat berkenaan kaedah pengurusan serta operasi pengurusan aset yang akrab di antara pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (PSUK) dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS).#MPHS2024
#DaripadaAndaUntukAnda
#MajuPerkasaHasilSemua
#KitaSelangorMajuBersama
#HuluSelangorBandarRendahKarbon

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 26 Julai 2024, 09:33:22.
Jumlah Pelawat :
00803294

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015