LAWATAN KERJA YDP MPHS BERSAMA JABATAN TEKNIKAL MPHS DI SEKITAR SERENDAH
SERENDAH, 23 Oktober 2024 - Lawatan kerja Yang Dipertua MPHS Puan Julaihah Bt. Jamaludin bersama agensi teknikal MPHS yang turut dihadiri pengarah Jabatan Kejuruteraan Puan Sharifah Bt. Atan dan Jurutera En. Hasmi B. Hasnan di sekitar Serendah bagi melihat kawasan projek pembaikan cerun di Taman Tasek Teratai.
Lawatan seterusnya ke kawasan kuari milik KSSB di Serendah bagi meninjau kerja - kerja yang sedang dilaksanakan di tapak cadangan serta memastikan langkah - langkah kawalan kelodak dilaksanakan di tapak.
Dalam masa yang sama, Puan YDP seterusnya ke Kawasan perumahan Serendah Golf Resort iaitu di Persiaran Meranti Utara , Persiaran Meranti Selatan dan Jalan Cengal bagi meninjau permasalahan infrastruktur di kawasan tersebut bagi mencari jalan penyelesaian bagi skop infrastruktur di sana.
#HuluSelangorBandarRendahKarbon