Sekitar Lawatan Persatuan Pemandu Pelancong Selangor (SGTGA) Ke Kuala Kubu Bharu.
Delegasi dari Persatuan Pemandu Pelancongan Selangor yang terdiri daripada 51 orang telah melawat ke beberapa kawasan menarik dan bersejarah di sekitar Bandar Kuala Kubu Bharu. Antara lokasi yang dilawati ialah Stesen Keretapi , Galeri Seni Sejarah , Kuala Kubu Heritage Trail, Lorong-lorong seni, Taman Tasik Milenium dan Anjung Tinjau Empangan Sungai Selangor.
Delegasi turut diberikan taklimat dan penerangan berkenaan aktiviti- aktiviti sukan lasak , rekreasi dan pelancongan yang terdapat di Daerah Hulu Selangor. Turut hadir Timbalan Yang Dipertua MPHS, Tuan Awaluddin Zakaria, Ahli- Ahli Majlis MPHS. Delegasi yang diketuai oleh Raja Mazlan selaku Pengerusi Persatuan.