Lawatan Tapak di Laluan Terowong ke Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung

LAWATAN TAPAK DI LALUAN TEROWONG KE TANAH PERKUBURAN ISLAM BUKIT BERUNTUNG

Bukit Beruntung, 03 September 2024- Jabatan Kejuruteraan MPHS telah mengadakan satu lawatan bersepadu bersama agensi kerajaan PDTHS, PAID, PLUS yang turut dihadiri oleh Penyelaras Ahli Parlimen Hulu Selangor,Tuan Dr. Sathia Prakash Nadarajan, Penyelaras Parlimen Hulu Selangor, Tuan Saifuddin Shafi, Penyelaras Dun Batang Kali, Muhammad bersama Ahli Majlis Kawasan Pn. Hayati Chat dan Ahli - ahli majlis MPHS.

Lawatan ini bertujuan untuk mencari jalan penyelesaian dalam jangka masa pendek dan panjang berkenaan isu jalan di bawah terowong lebuhraya PLUS.

Terdahulu, Ahli Majlis kawasan Pn. Hayati Chat telah melihat dan melawat kawasan perkuburan islam Bukit Beruntung bersama Nazir Masjid As-Salam, Tuan LT. Kol(B) Amir Yahya bagi mendapatkan gambaran keseluruhan isu permasalahan di kawasan tersebut.

Semasa sesi lawatan telah dipersetujui beberapa tindakan yang boleh diambil oleh MPHS dan PDTHS bagi menyelesaikan kemelut isu yang berpanjangan ini. MPHS akan menyelaraskan mesyuarat teknikal bersama agensi PLUS dalam bagi menyelesaikan isu pemilikan agensi yang akan menyelenggara laluan di bawah terowong tersebut.

Lawatan diakhiri dengan tindakan segera yang perlu diambil oleh pihak PLUS bagi menangani kerosakan jalan dibawah terowong tersebut.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 25 Oktober 2024, 09:09:38.
Jumlah Pelawat :
00861541

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015