Majlis Perasmian Festival Makanan Warisan Selangor

PANTAI BAGAN LALANG, 17 November 2024 - Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin telah berkenaan mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Festival Makanan Warisan Selangor anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui Jawatankuasa Tetap Kebudayaan, Adat Istiadat Melayu dan Warisan dengan Kerjasama Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor.

Turut dihadiri oleh YB Datuk Borhan bin Aman Shah, EXCO Perumahan dan Kebudayaan, YABhg. Datin Seri Masdiana binti Muhamad, Isteri YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Orang Besar Daerah dan ketua- ketua jabatan Kerajaan Negeri Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor dan Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor telah berjaya dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pavilion Terbaik dengan menampilkan makanan warisan Hulu Selangor iaitu Tart Bengkulu, Bebotok dan Kelamai.

YBrs. Puan Julaihah Binti Jamaludin, Yang Dipertua MPHS turut hadir menerima sijil penghargaan sekaligus memeriahkan festival tersebut.

Festival yang berkonsepkan makanan warisan telah disertai oleh 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat umum terutamanya generasi muda mengenai kepelbagaian makanan warisan dari pelbagai etnik di Selangor khususnya di daerah Hulu Selangor. Daerah Hulu Selangor menyediakan menu popular di daerah seperti Tat Bengkulu, Bebotok, Bongkok dan Lemang Kelamai.

#DaripadaAndaUntukAnda

#MajuPerkasaHasilSemua

#HuluSelangorBandarRendahKarbon

#AllahPeliharakanlahHuluSelangor

#MPHSGo

#VisitHuluSelangor

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 20 Disember 2024, 04:01:30.
Jumlah Pelawat :
00891024

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015