Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Jual Beli (SPA) antara UMW Development Sdn. Bhd. dan Xinbo New Meterials Sdn. Bhd.

MAJLIS PERTUKARAN DOKUMEN PERJANJIAN JUAL BELI (SPA) ANTARA UMW DEVELOPMENT SDN. BHD DAN XINBO NEW METERIALS SDN. BHD.

26 Julai 2024, Kuala Lumpur - Pada hari ini telah berlangsung majlis pertukaran dokumen perjanjian jual beli (SPA) antara UMW Development Sdn. Bhd. dan Xinbo New Meterials Sdn. Bhd. bersempena Selangor International Business Submit (SIBS) yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre KLCC.

Majlis pertukaran perjanjian ini telah disaksikan oleh YAB Dato' Seri Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Negeri Selangor dan YB Tuan Ng Sze Han, Exco Pelaburan dan Mobiliti Negeri Selangor. Turut hadir sama di dalam majlis ini YB Puan Pang Sock Tao, ADN Kuala Kubu Bharu, YBrs Tuan Mohd Hasry Nor Mohd, Yang Dipertua MPHS dan TPr. Gs. Azlina Mokhtar, Pegawai Pelaburan MPHS.

Xinbo New Materials Sdn. Bhd. telah membeli tanah seluas 38 ekar di Precint 5B Bandar Industri Bernilai Tinggi Serendah dengan nilai pelaburan RM 325.9 Juta.

Untuk rekod Xinbo New Materials Sdn. Bhd. merupakan pelaburan dari Negara China yang akan membangunkan pusat penyelidikan, pembangunan produk dan pemasaran "high-perfomance alloy alluminium".

Pelaburan ini akan menjadi nilai tambah kepada kawasan Serendah khasnya dan Daerah Hulu Selangor amnya dan diharap membuka peluang pekerja kepada penduduk sekitar.

#selangorsummit #SIBS2024 #SPARX2024

#MPHSGo

#DaripadaAndaUntukAnda

PAUTAN PANTAS

PAUTAN AGENSI

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Perbandaran Hulu Selangor.

Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS),
Jalan Bukit Kerajaan,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.

Isnin - Jumaat : 8:00pg - 5:00ptg

T : +603 6064 1331
F : +603 6064 3991
E : webmaster@mphs.gov.my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 30 Ogos 2024, 09:20:17.
Jumlah Pelawat :
00831341

Majlis Perbandaran Hulu Selangor

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

I-TEGUR

Dasar Privasi

LAPORAN KES DENGGI EPID 2015