Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Taman Perusahaan (IPMC) MPHS yang pertama bagi tahun ini telah diadakan pada 23 Mei 2022 jam 2.30 petang bertempat di Dewan Mesyuarat Chiling MPHS.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, A.M.S., Yang Dipertua MPHS bersama Pergerusi Bersama Ybhg. Dato’ Kevin Lai Tak Kuan, Pengerusi FMM Hulu Selangor yang bertujuan untuk mengurus dan menyelesaikan perkara-perkara berkaitan sektor perindustrian di kawasan pentadbiran MPHS.
Ahli Mesyuarat juga telah diberikan taklimat dari beberapa wakil agensi seperti Invest Selangor Berhad, Telekom Malaysia Berhad, dan Berjaya Enviro Park Sdn. Bhd.